Pages

Monday, June 11, 2012

Budak Sekolah vs Rokok

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan selepas cuti penggal. Jadi ada tugas baru untuk aku sebab aku je yang masih di rumah.  Apa lagi menghantar adik bongsu aku ke sekolah ler. Tak jauh mana pun sekolah dengan rumah. Hanya 5 minit je. Budak sekarang mana nak lagi  kayuh basikal pergi sekolah. Semua nak pergi dihantar balik pulak di ambil. Tapi itu bukan masalahnya. Entri aku kali ini pasal budak sekolah.



Apa yang mencuri perhatian aku pagi tadi, kelihatan beberapa orang  pelajar yang sempat merokok sebelum masuk  ke pagar sekolah. Siap dengan beruniform lengkap dan mengalas beg yang berisi buku ilmiah mungkin. Awesome kan budak sekarang! Sangat hebat. Pelajar tu mungkin sekitar umur 14 tahun. Sebab tengok saiz badan takde lah besar mana pun.

Rasa sedih melihat fenomena palajar-palajar sekarang. Tambah-tambah pulak pelajar Melayu. Kesian sangat dengan diorang. Bukan apa, mudah sangat terpengaruh. Kat sekolah tu da siap ada signboard dilarang merokok. Tapi tu dalam sekolah je kan, Jadi diorang nih ambil la kesempatan merokok sebelum masuk ke sekolah. Tapi ada jugak kot  yang curi-curi merokok dalam tandas sekolah. Dah pergi sekolah tu da bagus da, tapi ponteng kelas plak, duk lepak dalam tandas.  Apa la nak jadi. Nak kata cikgu tak ajar, memang tipu lah. Bukan cikgu tak ajar, tapi diorang yang malas belajar. 

Masa tengok tadi rasa nak lempang je muka budak-budak tu sorang-sorang. Nak pergi cari ilmu pun, sempat lagi merokok ! Dalam TV tu da banyak iklan yang menyuruh rakyat Malaysia nih berhenti merokok. Tapi...


Memang tak nak la kan sebab rokok tuh pun da bengkok. cuba bagi  yang nih memang nak la kan? Haiya!


Nasihat aku kepada pelajar-pelajar sekolah nih, berhenti la tabiat buruk anda itu. Sangat merugikan diri sendiri. Belanja sekolah pun harapkan mak bapak bagi. Mak bapak suruh belanja beli makanan kat sekolah, korang buat beli rokok. Kenyang ke dik? Kesian mak bapak korang bekerja bersungguh-sungguh cari duit sebab nak sekolahkan anak-anak diorang, Tapi korang pergi sekolah main-main, tak nak plak belajar sungguh-sungguh. Harap-harap anak-anak aku nanti tak da buat perangai macam nih.

P/s: Ilmu dapat mengubah hidup kita ye sayang! Menyesal kemudian hari takde gunanya sayang. Hidup hanya sekali. Hargai kurniaan Ilahi.

0 budak baik dan comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...