Hujung minggu yang mendamaikan. Merehatkan diri dan mencari ketenangan jiwa. Di musim cuti sekolah yang hanya bersisa beberapa hari je lagi, sempat saya melihat keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah. Sungguh kagum dengan laut terbentang luas, ombak memukul pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup nyaman. Sungguh Indahnya dunia ini. Keindahan di dunia ini telah dicacatkan oleh manusia yang tidak mensyukuri ciptaan Ilahi. Sungguh kejam!
Suatu perjalanan ke destinasi yang tidak asing lagi bagi saya ketika bersama keluarga untuk menghabiskan masa dan juga wang yang ada. Destinasi ke Teluk Batik yang hanya beberapa jam dari rumah saya. Perjalanan yang agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Lebih kurang 4 jam perjalanan untuk sampai ke Teluk Batik. Untuk menjimatkan kos segala makanan dibawa daripada rumah. Langkah pengurusan wang yang bijak. Okey! Masak siap-siap di rumah sampai sana boleh makan terus.hehe.
Tapi rasa kurang selesa untuk mandi kerana kebanyakkan pengunjung yang datang orang India. Hari keluarga mereka mungkin. Itu tak penting, yang penting mencari kepuasan diri sendiri. Yes! itu paling tepat. Lupakan semua yang tidak penting. Teruja untuk menaiki "banana boat" setiap kali ke pantai. Alhamduillah kali ini berjaya juga, seorang RM 5. Memang seronok sangat. Nak cuba pergi sendiri yep.hihihi.
Peta Teluk Batik, Perak |
Ini Peta jika mahu ke Teluk Batik. Mudah saja! Gambar yang lain tak dapat nak upload buat masa ini.
P/s: Berjalanlah untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Subhanallah!
0 budak baik dan comel:
Post a Comment