Assalamualaikum, selamat pagi semua..
Bangun pagi aku bersarapan dengan blog dulu. Bukannya selalu. Memandangkan cuti yang hanya bersisa dalam seminggu je lagi, rasa cepat masa berlalu. Jeles la tu tengok aku cuti lama-lama nih. haha. Tapi takpe dengan masa yang bersisa beberapa hari lagi ini, aku akan menumpahkan sepenuhnya tenaga untuk berbakti kepada mak dan apak. Orang yang paling seronok kalo saya cuti, mak aku sebab dia cakap tukang masak dia dah balik. Boleh la tolong-tolong mak kat rumah nih. Padahal aku bukannya hebat mana pun masak. Setakat buat kerja rumah tu boleh la. Simple as word la kan. Tapi kan , mak aku selalu cakap, nanti kalo tak pandai masak macam mana nak kahwin? Alahai, risau benor mak aku kalo anak dia tak pandai masak. Tapi ada bagusnya kalo aku belajar dari sekarang, nanti takde la terkial-kial kat umah mak mertua.
Jadi setelah merangkap suri rumah sepenuh masa nih, Ini lah senarai kerja-kerja aku.
Waktu Pagi
- Mengemas rumah
- Jemur baju
- Sapu sampah luar rumah
- Pergi pasar beli ikan (Kalo stok dalam peti da Habis)
Waktu Tengahari
- Merancang menu (Kadang-kadang takde idea nak masak apa, sebab tak pandai sangat.hehe)
- Masak nasi
- Masak gulai
- Hidang makan
- Lepas makan kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk
Petang
- Angkat baju dan lipat
- Rehat-rehat
Malam
- Sedia untuk makan malam
Inilah antara rutin aku, banyak tak? Tapi bagi aku ni belum cukup untuk aku membalas jasa mak bapak aku. Bukan selalu, time cuti sekolah je. Kalo nak dibandingkan dengan diorang jaga aku dari kecil sampai dah cecah umur 23 tahun. Seksa weh, Tapi mak bapak aku tabah besarkan anak diorang seramai 13 orang nih. Hebat tak? Memang terbaik la. Kadang-kadang aku tengok mak bapak aku penat sangat buat kerja. Mungkin dengan pertolongan aku kat rumah kurang la sikit beban diorang. Tapi aku suka buat kerja-kerja ni semua. Mudah saja, hanya petik jari pun boleh siap.
|Mak selalu cakap" Bila lagi nak makan kedrat anak-anak, nanti dah kawen x da dah, jaga makan minum suami la plak" Sedih kot aku dengar ayat nih!Tak boleh tulis panjang-panjang, nanti aku plak sedih. Okey mahu bersiap-siap ke pasar untuk membeli daging sebab hari ini mahu belajar buat daging masak hitam. Jumpa lagi! tata
P/s: Sayangi dan hargai kedua ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas. Saya sayang mereka.
Nak cek keputusan peperiksaan lihat di Sini.
0 budak baik dan comel:
Post a Comment