Pages

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #3

Nando's Sogo Kuala Lumpur !
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

p/s: Nanti kita pergi sini lagi ye awak

Monday, June 18, 2012

Semester Bermula | Jun 2012 |

Assalamualaikum semua. 

Diharapkan semua sihat-sihat belaka. Hari ini 18 Jun 2012, bermulanya semester baru iaitu semester 8. Ini juga merupakan semester terakhir bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Diharapkan semester ini dapat ditamatkan dengan jayanya. Segala perancangan berjalan dengan lancar. Amin. Walaupun keputusan semester lepas agak mengecewakan, tapi aku tetap bersyukur dengan seadanya. Lupakan yang lalu, bangkit dengan azam baru.Yes! I can do it! Hik3..

Biasalah bermula semester baru ni, bertemu rakan-rakan yang telah menyepikan diri selama 3 minggu bercuti, mesti banyak cerita yang hendak dikongsi. Jadi pada hari ini, jadual waktu pun da dapat, Tapi kelas belum bermula. Kami pun buat kelas berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Very happy today! Tetapi apa yang lebih mengembirakan hati bila melihat  jadual yang baru diterima sungguh indah. Sungguh indah dipandang! Tidaklah padat seperti semester lalu. 
Tarraaaaaaaaa...ni dia jadualnya kawan-kawan. Best  bukan?


Diharapkan kita semua dapat lalui dengan tenang pada semester ini. Bersemangat ye kawan-kawan!


P/s: Semester Akhir diharapkan tiada masalah yang timbul!

Saturday, June 16, 2012

IPG KTAA !


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Kita bertemu lagi di pagi hari sabtu yang mendamaikan, yang masih berselimut di atas katil tuh, bangun cepat! Mentang-mentang la hari nih cuti, korang sayang ea nak tinggalkan katil. Sangat jeles tengok orang berhujung minggu di rumah. Aku nih pagi-pagi buta dah bangun sebab nak kemas barang, sebab petang nih dah nak berangkat ke luar negeri. Jauh tuh! Sayangnya nak tinggal rumah nih. Sayang nak tinggal mak ngan ayah.  Berat hati nak pulang ke Ipg. Tapikan mak aku pagi-pagi lagi dah pesan, 

"Ikah kemas barang masuk dalam beg, nanti kelam kabut pulak" dalam hati, Ai mak nih nak halau aku balik dah ker??hehe..

Sebenarnya mak aku memang macam nih, dia takut aku terlepas bas jap g, tuh dia pesan kemas awal-awal nanti senang. Takde lah kelam kabut pe semua. Betul tak? Nak tulis entri nih aku rasa sedih. Kesian mak ayah aku, takde orang nak tolong diorang kat rumah. Balik dari kebun penat-penat da kene memasak, kemas-mengemas. Tapi mak orang yang paling tabah. Number one for me tew! Aku sayang mak ayah aku, tu tak sabar nak abes belajar, sebab nak keje. Boleh tolong mak aku.Amin. 

Aku selalu cakap kat mak aku yang aku x sabar nak abes belaja. Ayat mak aku mmg menusuk kalbulah: 
| Kalo bertahun-tahun tuh boleh sabar, x kan yang sikit lagi x boleh sabar. |
Sabar okey! Korang pun kene sabar. Tinggal 1 sem lagi, eh ari isnin nih aku da masuk sem akhir rupanya. Nilah berkat kesabaran mak aku.haha.

P/s:  Da nak abes nih, kne semangat Sikit. Sebab sikit lagi je nak habis! 

Friday, June 15, 2012

Keputusan Peperiksaan Mei | 2012

Assalamualaikum..


selamat pagi semua, diharapkan semua sihat dan gembira sentiasa. Buat semua student IPG KTAA, korang mesti berdebarkan nak taw keputusan peperiksaan. Mesti tidur pun tal lena. haha..Macam tu jugak dengan aku! Tapi aku x da lah excited sangat pagi-pagi lagi da on lappy sebab nk tgk result kan. hehe. Sempat lagi aku cuci tingkap satu rumah aku nih. Maklum saja lah esok da nak berangkat pulang. Kene la meninggalkan bakti sikit-sikit ag. Haish..semangat je nak tengok keputusan, tiba-tiba ada pengumuman ini pulak.

Semakan keputusan Mei untuk PPISMP,PISMP, DPLI dan PPG boleh mula disemak 16 Jun 2012. Sila log in dengan No KP : xxxxxx-xx-xxxx dan pswd : 1234 mana-mana calon yang menghadapi masalah sila hubungi pegawai pengurusan Unit Peperiksaan.
Oleh : Ketua Unit Peperiksaan
Haha..arituh Kata 15 Jun, tiba-tiba da tukar pulak. Harap bersabar ye korang!

Nak Cek  Keputusan Peperiksaan Sila Klik di SINI !

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday # 2


Google Saya! Ahsfantasy24.
|| Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.||

Monday, June 11, 2012

Budak Sekolah vs Rokok

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan selepas cuti penggal. Jadi ada tugas baru untuk aku sebab aku je yang masih di rumah.  Apa lagi menghantar adik bongsu aku ke sekolah ler. Tak jauh mana pun sekolah dengan rumah. Hanya 5 minit je. Budak sekarang mana nak lagi  kayuh basikal pergi sekolah. Semua nak pergi dihantar balik pulak di ambil. Tapi itu bukan masalahnya. Entri aku kali ini pasal budak sekolah.



Apa yang mencuri perhatian aku pagi tadi, kelihatan beberapa orang  pelajar yang sempat merokok sebelum masuk  ke pagar sekolah. Siap dengan beruniform lengkap dan mengalas beg yang berisi buku ilmiah mungkin. Awesome kan budak sekarang! Sangat hebat. Pelajar tu mungkin sekitar umur 14 tahun. Sebab tengok saiz badan takde lah besar mana pun.

Rasa sedih melihat fenomena palajar-palajar sekarang. Tambah-tambah pulak pelajar Melayu. Kesian sangat dengan diorang. Bukan apa, mudah sangat terpengaruh. Kat sekolah tu da siap ada signboard dilarang merokok. Tapi tu dalam sekolah je kan, Jadi diorang nih ambil la kesempatan merokok sebelum masuk ke sekolah. Tapi ada jugak kot  yang curi-curi merokok dalam tandas sekolah. Dah pergi sekolah tu da bagus da, tapi ponteng kelas plak, duk lepak dalam tandas.  Apa la nak jadi. Nak kata cikgu tak ajar, memang tipu lah. Bukan cikgu tak ajar, tapi diorang yang malas belajar. 

Masa tengok tadi rasa nak lempang je muka budak-budak tu sorang-sorang. Nak pergi cari ilmu pun, sempat lagi merokok ! Dalam TV tu da banyak iklan yang menyuruh rakyat Malaysia nih berhenti merokok. Tapi...


Memang tak nak la kan sebab rokok tuh pun da bengkok. cuba bagi  yang nih memang nak la kan? Haiya!


Nasihat aku kepada pelajar-pelajar sekolah nih, berhenti la tabiat buruk anda itu. Sangat merugikan diri sendiri. Belanja sekolah pun harapkan mak bapak bagi. Mak bapak suruh belanja beli makanan kat sekolah, korang buat beli rokok. Kenyang ke dik? Kesian mak bapak korang bekerja bersungguh-sungguh cari duit sebab nak sekolahkan anak-anak diorang, Tapi korang pergi sekolah main-main, tak nak plak belajar sungguh-sungguh. Harap-harap anak-anak aku nanti tak da buat perangai macam nih.

P/s: Ilmu dapat mengubah hidup kita ye sayang! Menyesal kemudian hari takde gunanya sayang. Hidup hanya sekali. Hargai kurniaan Ilahi.

Ayuh Pulang Ke Sekolah


Selepas  dua minggu bercuti, hari ini bermulanya sesi persekolahan bagi penggal kedua. Ayuh ke sekolah adik-adik yang masih bersekolah. Jangan ponteng ye! Tapi aku masih ada sisa cuti selama satu minggu lagi. Kena manfaat sebaiknya. Jangan jeles ye korang.haha.

| Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur |
P/s: Selamat kembali ke sekolah. Jangan nakal-nakal. Belajar bersungguh-sungguh ye adik-adik.

Saturday, June 09, 2012

Tukang Masak !


Assalamualaikum, selamat pagi semua..



Bangun pagi aku  bersarapan dengan blog dulu. Bukannya selalu. Memandangkan cuti yang hanya bersisa dalam seminggu je lagi, rasa cepat masa berlalu. Jeles la tu tengok aku cuti lama-lama nih. haha. Tapi takpe dengan masa yang bersisa beberapa hari lagi ini, aku akan menumpahkan sepenuhnya tenaga untuk berbakti kepada mak dan apak. Orang yang paling seronok kalo saya cuti, mak aku sebab dia cakap tukang masak  dia dah balik. Boleh la tolong-tolong mak kat rumah nih. Padahal aku bukannya hebat mana pun masak. Setakat buat kerja rumah tu boleh la. Simple as word la kan. Tapi kan , mak aku selalu cakap, nanti kalo tak pandai masak macam mana nak kahwin?  Alahai, risau benor mak aku kalo anak dia tak pandai masak. Tapi ada bagusnya kalo aku belajar dari sekarang, nanti takde la terkial-kial kat umah mak mertua.

Jadi setelah merangkap suri rumah sepenuh masa nih, Ini lah senarai kerja-kerja aku.

Waktu Pagi
  • Mengemas rumah
  • Jemur baju
  • Sapu sampah luar rumah
  • Pergi pasar beli ikan (Kalo stok dalam peti da Habis)
Waktu Tengahari
  • Merancang menu (Kadang-kadang takde idea nak masak apa, sebab tak pandai sangat.hehe)
  • Masak nasi 
  • Masak gulai
  • Hidang makan 
  • Lepas makan kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk
Petang
  • Angkat baju dan lipat
  • Rehat-rehat
Malam
  • Sedia untuk makan malam 
Inilah antara rutin aku, banyak tak? Tapi bagi aku ni belum cukup untuk aku membalas jasa mak bapak aku. Bukan selalu, time cuti sekolah je. Kalo nak dibandingkan dengan diorang jaga aku dari kecil sampai dah cecah umur 23 tahun. Seksa weh, Tapi mak bapak aku tabah besarkan anak diorang seramai 13 orang nih. Hebat tak? Memang terbaik la. Kadang-kadang aku tengok mak bapak aku penat sangat buat kerja. Mungkin dengan pertolongan aku kat rumah kurang la sikit beban diorang. Tapi aku suka buat kerja-kerja ni semua. Mudah saja, hanya petik jari pun boleh siap. 
|Mak selalu cakap" Bila lagi nak makan kedrat anak-anak, nanti dah kawen x da dah, jaga makan minum suami la plak" Sedih kot aku dengar ayat nih!
Tak  boleh tulis panjang-panjang, nanti aku plak sedih. Okey mahu bersiap-siap ke pasar untuk  membeli daging sebab hari ini mahu belajar buat daging masak hitam.  Jumpa lagi! tata


P/s: Sayangi dan hargai kedua ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas. Saya sayang mereka.


Nak cek keputusan peperiksaan lihat di Sini.

Semakan Keputusan Peperiksaan Mei | 2012


Assalamualaikum

Kepada semua guru pelatih PPISMP, PISMP, DPLI, dan PPG  IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, keputusan peperiksaan Mei 2012 boleh di semak mulai 15 Jun 2012 di laman http://www.smp.upptaa.net. Sila Log in dengan No KP : 123456-12-1234 dan password : 1234. Sebarang kesulitan sila hubungi pegawai pengurusan unit peperiksaan. 

Diharapkan kita semua akan beroleh keputusan yang cemerlang. Sentiasa berdoa untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


P/s: Kejayaan saya adalah untuk kedua ibubapa saya. 

Wednesday, June 06, 2012

|| Sayang Saya ||


Hari ini terasa satu kehilangan sementara kesedihan menyelubungi diri ini. Bukan berpisah dengan kekasih ! Namun berpisah dengan kamu ye sayang. Sekejap masa ini menemukan kita berdua, bergelak ketawa yang tidak pernah lekang dari bibir ini. Bagaikan Belangkas agaknya. Pergi ke mana saja pasti bersama. Mencari ketenangan, mencari barang tersenbunyi di pasaraya, mencari mesin photostat nak  menyiapkan kerja kamu. Awesome!

Namun masa mencemburui kita. Cepat betul kamu berangkat meninggalkan home sweet home nih. Tambah-tambah meninggalkan orang yang paling sweet dalam rumah ini. Sungguh sedih dan pilu hingga rasa nak berlari laju-laju tanpa henti-henti. Alahai dapatlah sikit exercise lemak kan sayang. Saya yang sering di gelakkan dan dikutuk  oleh kamu sayang sebab melihat lemak saya. Ok fine! Namun hati tetap gembira sebab ada orang yang prihatin dengan kenaikkan lemak saya. 

Lepas ini saya menghabiskan cuti dengan sangat bosan sebab sayang saya tak ada. Sayang kalau kamu ada boleh saya belanja kamu jalan-jalan naik motor, ajak naik kereta kamu x nak sebab kamu tak yakin dengan saya. Sedih =( ! Tapi takpe. Entri ini khas untuk kamu sayang. Awesome kan? Orang lain x da, tapi kamu ada. Kamu ada  saya yang sentiasa memberi khidmat bakti kepada kamu. Cikgu yang kamu sayang sengaja bagi kamu banyak kerja sebab dia tahu saya ada untuk membantu kamu. Baik tak saya? Baik kan? Stay up malam-malam untuk teman kamu, mengadap lappy saya untuk menaip kerja kamu. Tapi saya suka. Lain kali boleh bagi lagi. Hehe..
Inilah sayang saya a.k.a Anak saudara.




Oh, sebelum terlupa tahniah ye untuk pointer kamu 3.79! bangga la tu saya puji kamu. Sayang saya ni memang hebat orangnya, sehebat hidungnya.wahaha..


Ini gambar sayang saya bersama rakannya. Gambar di ambil daripada fb adik Wanie Zatiey!


Ini gambar bersama homeroom sayang saya kot! Di ambil daripada fb adik Aliff Dzeko.

Setakat ini saja entri untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Bye2!

P/s : Saya sedang rindu sayang  saya! Walaupun muka kamu tidak kelihatan tapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hati ku..haha


Wordless Wednesday # 1






P/s: Itulah yang sedang saya lakukan !

Monday, June 04, 2012

Melancong ke Teluk Batik

Assalamualaikum.
Hujung minggu yang mendamaikan. Merehatkan diri dan mencari ketenangan jiwa. Di musim cuti sekolah yang hanya bersisa beberapa hari je lagi, sempat saya melihat keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah. Sungguh kagum dengan laut terbentang luas, ombak memukul pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup nyaman. Sungguh Indahnya dunia ini. Keindahan di dunia ini  telah dicacatkan oleh manusia yang tidak mensyukuri ciptaan Ilahi. Sungguh kejam!

Suatu perjalanan ke destinasi yang tidak asing lagi bagi saya ketika bersama keluarga untuk menghabiskan masa dan juga wang yang ada. Destinasi ke Teluk Batik yang hanya beberapa jam dari rumah saya. Perjalanan yang agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Lebih kurang 4 jam perjalanan untuk sampai ke Teluk Batik. Untuk menjimatkan kos segala makanan dibawa daripada rumah. Langkah pengurusan wang yang bijak. Okey! Masak siap-siap di rumah sampai sana boleh makan terus.hehe.

Tapi rasa kurang selesa untuk mandi kerana kebanyakkan pengunjung yang datang orang India. Hari keluarga mereka mungkin. Itu tak penting, yang penting mencari kepuasan diri sendiri. Yes! itu paling tepat. Lupakan semua yang tidak penting. Teruja untuk menaiki "banana boat" setiap kali ke pantai. Alhamduillah kali ini berjaya juga, seorang RM 5. Memang seronok sangat. Nak cuba pergi sendiri yep.hihihi.


Peta Teluk Batik, Perak

Ini Peta  jika mahu ke Teluk Batik. Mudah saja! Gambar yang lain tak dapat nak upload buat masa ini.


P/s: Berjalanlah untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Subhanallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...