Pages

Saturday, December 15, 2012

NIKMATI DOMAIN [DOT MY] PERCUMA!



Assalamualaikum, setelah sekian lama aku tidak menjenguk blog yang disayangi, tiba-tiba ada sorang kawan aku yang gila ngan blog ahsfantasy.com nya, dia promote aku ngan menda nih, mula-mula macam blur skit.  setelah melihat ramai pulak yang bersemangat seperti abg hensem nih ditambah dengan kejayaan sorang blogger cikgu comel aku rasa semangat skit nk rebut hadiah menarik nih.


Sempena menjelang tahun 2013 yang tinggal beberapa je lagi, Cik Innanie dengan berbesar hati untuk memberi kepada follower blog beliau samaada yang baharu atau yang lama hadiah yang sangat hebat. Dibawah satu program .my domain registry (Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) iaitu program 1myid. Anda yang layak akan menerima:

  1. Satu domain blog [dot my] percuma selama setahun bernilai  200.00 Ringgit Malaysia.
  2. Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal' yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price).
  3. Rating blog yang mencanak-canak naik. 
  4. Terhad kepada 1500 orang terawal sahaja.

Syarat-syaratnya ialah: 


  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berusia 18-45 tahun dan mempunyai blog;
  3. Jadi pengikut blog Cik Innanie kemudian like dan share entry ini. Hadiah hebat menanti.

P/s: Senyum tak perlu kata apa-apa! Selamat Beramal.

Wednesday, August 15, 2012

Air Mata Syawal..


Assalamualaikum semua...malam yang agak sayu lagi2 hujan turun membasahi bumi dan juga   tengok maktab yang da makin berkurang penghuni. Sebab adik2 junior da excited balik kampung sebab sekolah  diorang da cuti.  Kenapa maktab x cuti awal? Kenapa?? Perasaan x puas hati..hahha..Tengah malam nih duk melayan la suria fm. Tiba-tiba plak terdengar lagu air mata syawal Siti Nurhaliza nih.Alamak aii lagi la sedih. Kalo sedang praktikum alangkah baiknya. Sekolah cuti, boleh la cuti jugak. Nasib2. So aku nak kongsi kesedihan aku ngan korang. Ambik nih lagu air mata syawal..haha

Air Mata Syawal.

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Sempena raya yang akan menjelang, saya Noratikah dengan rendah diri memohon maaf dan menyusun  sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap selama ini . Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya. Patuhi undang-undang jalan raya. Ingat Allah, Ingat insan tersayang di kampung.

Selamat malam semua! sebelum tu bace pantun nih dulu..
hari-hari minum madu,
Sambil mendengar lagu raya,
Hati-hati ketika memandu
Jumpa nanti di hari raya..

Muah!!


Tuesday, August 14, 2012

Acai Berry


KHASIAT ACAI BERRY. DIJAMIN 100% KEASLIANNYA DAN KUALITINYA.HALAL.

  • Diperbuat daripada 100% bahan asli dengan campuran buah acai berry dan ramuan herba tumbuhan tradisional terpilih
  • Tidak ada kesan sampingan seperti sering ke tandas, kepala pening dan tidak menganggu rutin harian anda.
  • Telah terbukti bahawa buah acai berry memiliki banyak kandungan yang sangat berguna bagi tubuh seperti omega6 dan omega9 yang berguna mengurangi ancaman serangan jantung, dan juga kandungan lainnya seperti fosfor, kalsium, potassium, vit B1, vit B2, dll
  • Kaya akan serat sehingga membuat kita cepat merasa kenyang dan menahan nafsu makan dengan efektif
  • Dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan perawatan kulit
  • Mampu menurunkan berat badan sehingga 18kg dalam waktu sebulan. Kesan kelihatan seawal seminggu dan kesan bergantung pada individu.
  • Membantu mengurangkan risiko penuaan. Kulit menjadi lebih kenyal, awet muda dan berseri.
  • Kaya akan serat sehingga membuat kita cepat merasa kenyang dan menahan nafsu makan dengan efektif.
Produk berkesan menguruskan badan.Untuk maklumat lanjut sila klik SINI ! 
 
Cepat-cepat sementara stok masih ada!!!

Saturday, August 11, 2012

Kawan

Semusim bersama seabad terasa!

Khas untuk semua kawan-kawan saya yang terbaik sepanjang perkenalan kita.


~KAWAN~

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta ( 2X )


Teman, kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman, ingatlah aku selagi kau mampu...Jika masa mendatang memisahkan keakraban yang telah bertahun terbina, Ukirlah secebis "tentang aku" dihatimu, Agar tika ia bersua kau masih mengingati siapa diriku...

p/s: Salam perjuangan , maafkan segala kekhilafan diri ini. Semoga Ukhwah kita berkekalan abadan abada. InsyaAllah..

Wednesday, August 08, 2012

LIPSTICK COLLAGEN D'HERBS


Lipstick Collagen Treatment 



HARGA :RM25.00 

OFFER :RM23.00 

Free Postage!!



Bibir kering, gincu tidak tahan lama, mengelupas, sensitif, gelap dan tidak menarik jangan bimbang dengan gincu rawatan d'herbs anda akan memiliki bibir yang seksi, muggil serta kemerah-merahan secara semulajadi. 



Fungsi :
1) Sebagai penyeri bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah
2) Melembabkan bibir yang kering dan merekah
3) Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan
4) Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita
5) Simpan di tempat yang bersuhu bilik (30'-35'C)

COCOA COLLAGEN POWER PLUS


COCOA COLLAGEN POWER PLUS



HANYA 1 SACHET SEHARI UTK DAPATKAN ~WAJAH BERSERI,PAYUDARA MANTAP,POWER GRIPP !!!!!





HARGA 1 SET~ 3 KOTAK ~30 SACHET :RM59.90


NOW OFFER :
1 SET RM48.00
2 SET RM94.00
3 SET RM135.00

Free Postage!!

Kembalikan Keremajaan Wanita....Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman…Koko Pracampuran… adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat. Semua wanita yang berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan Cocoa Collagen ini.


Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :-
* Marine Collagen - Dapat membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
* Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
* Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
* Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
* Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan.
* Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan Dan Khasiat :-
* Membantu mengimbangi hormon.
* Merangsangkan pertumbuhan sel baru / anti kedut.
* Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
* Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
* Melambatkan proses penuaan.
* Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Mencantikkan kulit secara semulajadi.
* Memberikan tenaga.
* Membantu mengurangkan keguguran rambut.
* Melancarkan peredaran darah dalam badan.
* Mengimbangi berat badan.
* Meningkatkan daya penghadaman.
* Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

Jika berminat boleh email saya : ati_aurora89@yahoo.com atau sms 0132988675

Thursday, August 02, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum...

Hari ini 2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadan 1433 H. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada yang Maha Esa. 



Petang tadi episod akhir bagi cerita dejavu di Kinabalu. Pengakhiran cerita yang meninggalkan persoalan, namun aku tetap suka lagu nih, OST Dejavu di Kinabalu ! 

Butterfly – Melly Goeslow & Andika Pratama


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu

Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh 
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu...

DOWNLOAD OST DEJAVU DI KINABALU 

Wednesday, August 01, 2012

|| Permata Yang Dicari ||


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Ciri-ciri Lelaki yang Baik

Ciri-ciri Lelaki yang baik untuk dijadikan suami bagi kaum-kaum wanita diluar sana. Kepada wanita-wanita yang membaca entri ini semoga kalian mendapat suami yang soleh dan sentiasa bahagia di dunia dan diakhirat.



1. Lelaki solat 5 waktu sehari semalam.
2. Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.
3. Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.
4. Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara.
5. Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat.
6. Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
7. Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.
8. Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.
9. Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.
10. Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.
11. Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).
12. Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.
13. Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.
14. Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat.
15. Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.
16. Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang di inginkan.





Sesungguhnya, Lidah wanita itu akan menjadi tajam apabila lidah lelaki menjadi semakin bercabang!

"S

Ramadhan Al-Mubarak






Assalamualaikum...

Salam ramadan untuk semua umat Islam diatas muka bumi ciptaan  Illahi. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Tingkatkan amalan kurangkan khayalan.

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #3

Nando's Sogo Kuala Lumpur !
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

p/s: Nanti kita pergi sini lagi ye awak

Monday, June 18, 2012

Semester Bermula | Jun 2012 |

Assalamualaikum semua. 

Diharapkan semua sihat-sihat belaka. Hari ini 18 Jun 2012, bermulanya semester baru iaitu semester 8. Ini juga merupakan semester terakhir bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Diharapkan semester ini dapat ditamatkan dengan jayanya. Segala perancangan berjalan dengan lancar. Amin. Walaupun keputusan semester lepas agak mengecewakan, tapi aku tetap bersyukur dengan seadanya. Lupakan yang lalu, bangkit dengan azam baru.Yes! I can do it! Hik3..

Biasalah bermula semester baru ni, bertemu rakan-rakan yang telah menyepikan diri selama 3 minggu bercuti, mesti banyak cerita yang hendak dikongsi. Jadi pada hari ini, jadual waktu pun da dapat, Tapi kelas belum bermula. Kami pun buat kelas berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Very happy today! Tetapi apa yang lebih mengembirakan hati bila melihat  jadual yang baru diterima sungguh indah. Sungguh indah dipandang! Tidaklah padat seperti semester lalu. 
Tarraaaaaaaaa...ni dia jadualnya kawan-kawan. Best  bukan?


Diharapkan kita semua dapat lalui dengan tenang pada semester ini. Bersemangat ye kawan-kawan!


P/s: Semester Akhir diharapkan tiada masalah yang timbul!

Saturday, June 16, 2012

IPG KTAA !


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Kita bertemu lagi di pagi hari sabtu yang mendamaikan, yang masih berselimut di atas katil tuh, bangun cepat! Mentang-mentang la hari nih cuti, korang sayang ea nak tinggalkan katil. Sangat jeles tengok orang berhujung minggu di rumah. Aku nih pagi-pagi buta dah bangun sebab nak kemas barang, sebab petang nih dah nak berangkat ke luar negeri. Jauh tuh! Sayangnya nak tinggal rumah nih. Sayang nak tinggal mak ngan ayah.  Berat hati nak pulang ke Ipg. Tapikan mak aku pagi-pagi lagi dah pesan, 

"Ikah kemas barang masuk dalam beg, nanti kelam kabut pulak" dalam hati, Ai mak nih nak halau aku balik dah ker??hehe..

Sebenarnya mak aku memang macam nih, dia takut aku terlepas bas jap g, tuh dia pesan kemas awal-awal nanti senang. Takde lah kelam kabut pe semua. Betul tak? Nak tulis entri nih aku rasa sedih. Kesian mak ayah aku, takde orang nak tolong diorang kat rumah. Balik dari kebun penat-penat da kene memasak, kemas-mengemas. Tapi mak orang yang paling tabah. Number one for me tew! Aku sayang mak ayah aku, tu tak sabar nak abes belajar, sebab nak keje. Boleh tolong mak aku.Amin. 

Aku selalu cakap kat mak aku yang aku x sabar nak abes belaja. Ayat mak aku mmg menusuk kalbulah: 
| Kalo bertahun-tahun tuh boleh sabar, x kan yang sikit lagi x boleh sabar. |
Sabar okey! Korang pun kene sabar. Tinggal 1 sem lagi, eh ari isnin nih aku da masuk sem akhir rupanya. Nilah berkat kesabaran mak aku.haha.

P/s:  Da nak abes nih, kne semangat Sikit. Sebab sikit lagi je nak habis! 

Friday, June 15, 2012

Keputusan Peperiksaan Mei | 2012

Assalamualaikum..


selamat pagi semua, diharapkan semua sihat dan gembira sentiasa. Buat semua student IPG KTAA, korang mesti berdebarkan nak taw keputusan peperiksaan. Mesti tidur pun tal lena. haha..Macam tu jugak dengan aku! Tapi aku x da lah excited sangat pagi-pagi lagi da on lappy sebab nk tgk result kan. hehe. Sempat lagi aku cuci tingkap satu rumah aku nih. Maklum saja lah esok da nak berangkat pulang. Kene la meninggalkan bakti sikit-sikit ag. Haish..semangat je nak tengok keputusan, tiba-tiba ada pengumuman ini pulak.

Semakan keputusan Mei untuk PPISMP,PISMP, DPLI dan PPG boleh mula disemak 16 Jun 2012. Sila log in dengan No KP : xxxxxx-xx-xxxx dan pswd : 1234 mana-mana calon yang menghadapi masalah sila hubungi pegawai pengurusan Unit Peperiksaan.
Oleh : Ketua Unit Peperiksaan
Haha..arituh Kata 15 Jun, tiba-tiba da tukar pulak. Harap bersabar ye korang!

Nak Cek  Keputusan Peperiksaan Sila Klik di SINI !

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday # 2


Google Saya! Ahsfantasy24.
|| Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.||

Monday, June 11, 2012

Budak Sekolah vs Rokok

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan selepas cuti penggal. Jadi ada tugas baru untuk aku sebab aku je yang masih di rumah.  Apa lagi menghantar adik bongsu aku ke sekolah ler. Tak jauh mana pun sekolah dengan rumah. Hanya 5 minit je. Budak sekarang mana nak lagi  kayuh basikal pergi sekolah. Semua nak pergi dihantar balik pulak di ambil. Tapi itu bukan masalahnya. Entri aku kali ini pasal budak sekolah.



Apa yang mencuri perhatian aku pagi tadi, kelihatan beberapa orang  pelajar yang sempat merokok sebelum masuk  ke pagar sekolah. Siap dengan beruniform lengkap dan mengalas beg yang berisi buku ilmiah mungkin. Awesome kan budak sekarang! Sangat hebat. Pelajar tu mungkin sekitar umur 14 tahun. Sebab tengok saiz badan takde lah besar mana pun.

Rasa sedih melihat fenomena palajar-palajar sekarang. Tambah-tambah pulak pelajar Melayu. Kesian sangat dengan diorang. Bukan apa, mudah sangat terpengaruh. Kat sekolah tu da siap ada signboard dilarang merokok. Tapi tu dalam sekolah je kan, Jadi diorang nih ambil la kesempatan merokok sebelum masuk ke sekolah. Tapi ada jugak kot  yang curi-curi merokok dalam tandas sekolah. Dah pergi sekolah tu da bagus da, tapi ponteng kelas plak, duk lepak dalam tandas.  Apa la nak jadi. Nak kata cikgu tak ajar, memang tipu lah. Bukan cikgu tak ajar, tapi diorang yang malas belajar. 

Masa tengok tadi rasa nak lempang je muka budak-budak tu sorang-sorang. Nak pergi cari ilmu pun, sempat lagi merokok ! Dalam TV tu da banyak iklan yang menyuruh rakyat Malaysia nih berhenti merokok. Tapi...


Memang tak nak la kan sebab rokok tuh pun da bengkok. cuba bagi  yang nih memang nak la kan? Haiya!


Nasihat aku kepada pelajar-pelajar sekolah nih, berhenti la tabiat buruk anda itu. Sangat merugikan diri sendiri. Belanja sekolah pun harapkan mak bapak bagi. Mak bapak suruh belanja beli makanan kat sekolah, korang buat beli rokok. Kenyang ke dik? Kesian mak bapak korang bekerja bersungguh-sungguh cari duit sebab nak sekolahkan anak-anak diorang, Tapi korang pergi sekolah main-main, tak nak plak belajar sungguh-sungguh. Harap-harap anak-anak aku nanti tak da buat perangai macam nih.

P/s: Ilmu dapat mengubah hidup kita ye sayang! Menyesal kemudian hari takde gunanya sayang. Hidup hanya sekali. Hargai kurniaan Ilahi.

Ayuh Pulang Ke Sekolah


Selepas  dua minggu bercuti, hari ini bermulanya sesi persekolahan bagi penggal kedua. Ayuh ke sekolah adik-adik yang masih bersekolah. Jangan ponteng ye! Tapi aku masih ada sisa cuti selama satu minggu lagi. Kena manfaat sebaiknya. Jangan jeles ye korang.haha.

| Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur |
P/s: Selamat kembali ke sekolah. Jangan nakal-nakal. Belajar bersungguh-sungguh ye adik-adik.

Saturday, June 09, 2012

Tukang Masak !


Assalamualaikum, selamat pagi semua..



Bangun pagi aku  bersarapan dengan blog dulu. Bukannya selalu. Memandangkan cuti yang hanya bersisa dalam seminggu je lagi, rasa cepat masa berlalu. Jeles la tu tengok aku cuti lama-lama nih. haha. Tapi takpe dengan masa yang bersisa beberapa hari lagi ini, aku akan menumpahkan sepenuhnya tenaga untuk berbakti kepada mak dan apak. Orang yang paling seronok kalo saya cuti, mak aku sebab dia cakap tukang masak  dia dah balik. Boleh la tolong-tolong mak kat rumah nih. Padahal aku bukannya hebat mana pun masak. Setakat buat kerja rumah tu boleh la. Simple as word la kan. Tapi kan , mak aku selalu cakap, nanti kalo tak pandai masak macam mana nak kahwin?  Alahai, risau benor mak aku kalo anak dia tak pandai masak. Tapi ada bagusnya kalo aku belajar dari sekarang, nanti takde la terkial-kial kat umah mak mertua.

Jadi setelah merangkap suri rumah sepenuh masa nih, Ini lah senarai kerja-kerja aku.

Waktu Pagi
  • Mengemas rumah
  • Jemur baju
  • Sapu sampah luar rumah
  • Pergi pasar beli ikan (Kalo stok dalam peti da Habis)
Waktu Tengahari
  • Merancang menu (Kadang-kadang takde idea nak masak apa, sebab tak pandai sangat.hehe)
  • Masak nasi 
  • Masak gulai
  • Hidang makan 
  • Lepas makan kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk
Petang
  • Angkat baju dan lipat
  • Rehat-rehat
Malam
  • Sedia untuk makan malam 
Inilah antara rutin aku, banyak tak? Tapi bagi aku ni belum cukup untuk aku membalas jasa mak bapak aku. Bukan selalu, time cuti sekolah je. Kalo nak dibandingkan dengan diorang jaga aku dari kecil sampai dah cecah umur 23 tahun. Seksa weh, Tapi mak bapak aku tabah besarkan anak diorang seramai 13 orang nih. Hebat tak? Memang terbaik la. Kadang-kadang aku tengok mak bapak aku penat sangat buat kerja. Mungkin dengan pertolongan aku kat rumah kurang la sikit beban diorang. Tapi aku suka buat kerja-kerja ni semua. Mudah saja, hanya petik jari pun boleh siap. 
|Mak selalu cakap" Bila lagi nak makan kedrat anak-anak, nanti dah kawen x da dah, jaga makan minum suami la plak" Sedih kot aku dengar ayat nih!
Tak  boleh tulis panjang-panjang, nanti aku plak sedih. Okey mahu bersiap-siap ke pasar untuk  membeli daging sebab hari ini mahu belajar buat daging masak hitam.  Jumpa lagi! tata


P/s: Sayangi dan hargai kedua ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas. Saya sayang mereka.


Nak cek keputusan peperiksaan lihat di Sini.

Semakan Keputusan Peperiksaan Mei | 2012


Assalamualaikum

Kepada semua guru pelatih PPISMP, PISMP, DPLI, dan PPG  IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, keputusan peperiksaan Mei 2012 boleh di semak mulai 15 Jun 2012 di laman http://www.smp.upptaa.net. Sila Log in dengan No KP : 123456-12-1234 dan password : 1234. Sebarang kesulitan sila hubungi pegawai pengurusan unit peperiksaan. 

Diharapkan kita semua akan beroleh keputusan yang cemerlang. Sentiasa berdoa untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


P/s: Kejayaan saya adalah untuk kedua ibubapa saya. 

Wednesday, June 06, 2012

|| Sayang Saya ||


Hari ini terasa satu kehilangan sementara kesedihan menyelubungi diri ini. Bukan berpisah dengan kekasih ! Namun berpisah dengan kamu ye sayang. Sekejap masa ini menemukan kita berdua, bergelak ketawa yang tidak pernah lekang dari bibir ini. Bagaikan Belangkas agaknya. Pergi ke mana saja pasti bersama. Mencari ketenangan, mencari barang tersenbunyi di pasaraya, mencari mesin photostat nak  menyiapkan kerja kamu. Awesome!

Namun masa mencemburui kita. Cepat betul kamu berangkat meninggalkan home sweet home nih. Tambah-tambah meninggalkan orang yang paling sweet dalam rumah ini. Sungguh sedih dan pilu hingga rasa nak berlari laju-laju tanpa henti-henti. Alahai dapatlah sikit exercise lemak kan sayang. Saya yang sering di gelakkan dan dikutuk  oleh kamu sayang sebab melihat lemak saya. Ok fine! Namun hati tetap gembira sebab ada orang yang prihatin dengan kenaikkan lemak saya. 

Lepas ini saya menghabiskan cuti dengan sangat bosan sebab sayang saya tak ada. Sayang kalau kamu ada boleh saya belanja kamu jalan-jalan naik motor, ajak naik kereta kamu x nak sebab kamu tak yakin dengan saya. Sedih =( ! Tapi takpe. Entri ini khas untuk kamu sayang. Awesome kan? Orang lain x da, tapi kamu ada. Kamu ada  saya yang sentiasa memberi khidmat bakti kepada kamu. Cikgu yang kamu sayang sengaja bagi kamu banyak kerja sebab dia tahu saya ada untuk membantu kamu. Baik tak saya? Baik kan? Stay up malam-malam untuk teman kamu, mengadap lappy saya untuk menaip kerja kamu. Tapi saya suka. Lain kali boleh bagi lagi. Hehe..
Inilah sayang saya a.k.a Anak saudara.




Oh, sebelum terlupa tahniah ye untuk pointer kamu 3.79! bangga la tu saya puji kamu. Sayang saya ni memang hebat orangnya, sehebat hidungnya.wahaha..


Ini gambar sayang saya bersama rakannya. Gambar di ambil daripada fb adik Wanie Zatiey!


Ini gambar bersama homeroom sayang saya kot! Di ambil daripada fb adik Aliff Dzeko.

Setakat ini saja entri untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Bye2!

P/s : Saya sedang rindu sayang  saya! Walaupun muka kamu tidak kelihatan tapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hati ku..haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...