Assalamualaikum semua...malam yang agak sayu lagi2 hujan turun membasahi bumi dan juga tengok maktab yang da makin berkurang penghuni. Sebab adik2 junior da excited balik kampung sebab sekolah diorang da cuti. Kenapa maktab x cuti awal? Kenapa?? Perasaan x puas hati..hahha..Tengah malam nih duk melayan la suria fm. Tiba-tiba plak terdengar lagu air mata syawal Siti Nurhaliza nih.Alamak aii lagi la sedih. Kalo sedang praktikum alangkah baiknya. Sekolah cuti, boleh la cuti jugak. Nasib2. So aku nak kongsi kesedihan aku ngan korang. Ambik nih lagu air mata syawal..haha
Air Mata Syawal.
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Sempena raya yang akan menjelang, saya Noratikah dengan rendah diri memohon maaf dan menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap selama ini . Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya. Patuhi undang-undang jalan raya. Ingat Allah, Ingat insan tersayang di kampung.
Selamat malam semua! sebelum tu bace pantun nih dulu..
hari-hari minum madu,
Sambil mendengar lagu raya,
Hati-hati ketika memandu
Jumpa nanti di hari raya..
Muah!!