Pages

Friday, January 13, 2012

Kuala Lipis atau Cameron Highlands

Assalamualaikum. 

kamu kesukaan saya!


Selamat berhujung minggu semua. Kepada mereka masih ada kerja tertangguh tak boleh menikmati hujung minggu dengan tenang seperti aku. Hari ini aku keseorang di dalam bilik. Roomate aku ni masih sibuk membicarakan hal rumah sewa yang belum selesai lagi. Harap-harap jumpa la yer wahai cik fizah! Apa yang bermain di kepala korang apabila tengok gambar nih? Haa, mesti korang terbayang-bayang atau terpikir-pikir tentang Cameron Highlands kan? Ish2..sape kate kat Cameron jer ada buah nih, kat belakang rumah aku belambak2 sampai tak termakan-makan banyaknya.  Oh sila abaikan! 


Apa yang aku nak cerita kat korang sebenarnya yer? Ketandusan idea. Haa. Disebabkan  suasana di Kuala Lipis ni menarik perhatian  aku nak menulis entry nih. Kalo korang nak taw kat sini tersangat lah sejuknya. Aku rasa kuala lipis  dan macam Cameron Highland. Lebih daripada tu mungkin.  Aku rasa kipas  x da pun xpe..tapi da ad ni on jer switch, cian plak kat kipas jadi hiasan tambahan dalam bilik ni. Nombor 1 pun da ok! Cuaca diramalkan  hujan pada sebelah petang .ececeeh, nak jadi peramal kaji cuaca ker cik titud oi.  Bukan apa kat sini hujan jer, baru tadi aku nampak sinar matahari malu2 segan jer nak keluar. Tak sampai bape minit, da hilang..Cuaca mendung kembali. Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari. Alamatnya tak keringlah baju aku dan kamu. takpelah itulah rezeki kurniaan Tuhan.


 Eh teringat plak pada tiQ n Ayu yang ke sana mencari rumah sewa pada hari ini. Rezeki mereka dapat sekolah kat  sana, haa boleh makan strawberry manyak2..Edapnya! Sambil berpraktikum boleh la pegi melancong di tempat yang menarik di sana. Aku pun beberapa kali pergi ke sana. Cameron highland tu, x da la jauh sangat ngan kuala lipis nih, pejam mata pun boleh sampai. kepada yang belum sampai di tempat ni, kalo  korang nak ke sana, boleh lihat disini. Banyak tempat-tempat menarik. Cukup sekadar itu entry saya pada kali ini. Kita jumpa Lagi!

P/s: Kesejukkan disaat ini! Tapi sangat best tido dengan pakai stokin siap, berselimut tebal. Oh bahagianya.

Thursday, January 12, 2012

Kita Bermula Disini



Assalamualaikum...

Hari ni kelas sampai ke petang, walaupun hujan dari pagi hingga jam sekarang namun kelas tetap berjalan seperti biasa. Seperti biasalah pembentang daripada rakan-rakan bagi subjek BMM3113, Penyelidikan Tindakan 1 bahasa Melayu pendidikan rendah. Sebelah petang, kelas EDU 3107, memang menarik kelas petang tadi. Balik daripada kelas aku excercise dulu, menaiki hampir beratus anak tangga mungkin..Yes, setahun begini boleh kuruskan? Argh, itu perkara lain, apa yang aku nak cerita kat sini, ada satu perkara yang menarik perhatian aku sebentar tadi, nak taw x? tadi aku membelek gambar-gambar yang ada dalam laptop kesayangan aku ni, aku terjumpa satu gambar kami suatu ketika dahulu. Tuh dia...

diawal persekolahan..heheh


Haaa..ni lah rakan-rakan kelas aku yang sama-sama mendaftar di IPG ni ha. Ni mase pengurusan pelajar baharu. Ala ni kan minggu orientasi. Tengok muka semua, alalala omeynyer..hehe..tudung senget-benget ag time tuh.Kawan-kawan, mesti korang ingat lagi kan! Tapi belum sempat habiskan pengajian, salah seorang daripada rakan kelas aku jatuh sakit. Sekarang ni terlantar di rumah. Kamu semoga cepat sembuh! Kami sentiasa mendoakan kesihatan kamu. Lagi setahun untuk menamatkan pengajian. Nanti mesti rindu kat korang. Banyak giler kenangan manis kau dan aku.Ngee. Inilah kenangan antara kami.

"Teman kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman, Ingatlah aku selagi kamu mampu. Jika masa mendatang memisahkan keakraban yang telah bertahun terbina, Ukirlah secebis "tentang aku" dihatimu, agar tika ia bersua kau masih mengingati siapa diriku."

Ukwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah.



P/s: Aku pasti merindui kalian semua. Kalian teman terbaikku!


Friday, January 06, 2012

Praktikum Fasa 3






(gambar hiasan semata-mata)

Assalamualaikum.

Sudah seminggu aku berada di bumi Afzan pada tahun 2012 ini. Menjadi tanda tanya guru pelatih semester 7 dimana penempatan praktikum mereka. Menjalani praktikum fasa 3 selama 3 bulan, lama jugak kan? Aku pun excited jugak nak tahu. Bukan apa nk buat sibuk nak cari rumah sewa, nak pergi tengok sekolah dll. Ha tuh dia, hampir pening manusia di unit praktikum menjawab pertanyaan guru pelatih. Aku rasa dalam sehari tuh, lebih 10 kali orang keluar masuk ke unit praktikum nih. Barangkali orang yang sama. Kesian kan! Aku jugaklah oarang yang sabar menanti. haha...Keputusan da keluar, amek kaw..nak taw sangat kan..Segala pertanyaan itu ini telah pun terjawab hanya dengan sekeping kertas. haha..Nak tahu aku dapat mane? kalo x nak tahu pun aku nak bagi tahu jugak. Alhamdulillah, dapat dekat Jerantut. Perghh..memang terbaik lah. Aku pun mula mengooggle mencari lokasi sekolah aku. Jumpa jugak, maklumat hanya di hujung jari telunjuk..

Ini sedikit sebanyak maklumat mengenai sekolah aku.


Nama Sekolah : SK (FELDA) Kota Gelanggi 3
Kod Sekolah : CBA2046
Nama Guru Besar : En. En Naawi Bin Samah
Gred Sekolah : A
Alamat : FELDA Kota Gelanggi 3,
27000 Jerantut, Pahang
No. Telefon : 609-2051503
No. Faks : 6092051503 :
Jarak ke : PKG : 37 km JPNP : 158 k
: PPD : 35 km BTPN : 168

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kota Gelanggi 3 atau nama ringkasnya SK (LKTP) Kota Gelinggi 3, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Kota Gelanggi 3. Pada tahun 2009, Sekolah ini memiliki 103 pelajar lelaki dan 104 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 207 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.
Haa inilah sekolah saya. Harap2 segala urusan disini berjalan dengan lancar. Doakan kami sini ye kawan2.

P/s: Tak kisah la dapat sekolah mana-mana pun, Rph tetap kene buat, tetap kene observe. Yang lagi penting kajian tindakan saya.. So get Ready..Amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...